Sabtu, 19 November 2011

Running Apes

Aigoo, I think some of my exam lucks disappeared in thin air this time. Frankly, I dont think I can score well with study weeks spent with Running Apes Man variety show most of the time. Just cant resist the temptation to watch every episode bhaaa. Pecah perut dan biji2 melihat karenah dan telatah para Cast member show ni. 

I ended up borrowing one of the game in Running Man to answer one of the essay question in paper PJM 3102 Pergerakan Asas. Tu soalan minta untuk reka 1 permainan kanak-kanak pastu pengelolaan berdasarkan model Bunker & Thorpe. Nahh, on the spot me letak permainan yg guna gumpalan kertas ala "basketball" dalam Office Olympic tuuu haa. Yippie!

Wanna share my opinions juga la about this show. My favourite cast - Lee Kwang Soo! hahahah EPIC FAIL punya orang ni. 


that guy on the right 

smart rambut

x habis2 buat masalah adoyaii
Apart from that, me oso minat budak2 ni - The Two Kids. HaHa sama Gary. Gaya macam apa entah, actually dah umur masuk 30-an pown.  


Haha & Gary

Sebodo-bodo gaya dua budak ni, actually they can sing and rap very well. Tu si Dimitri ada download lagu si Sparta Kooks. Me pun ada pigi curi2 guna broadband orang ni n successfully downloaded a few songs - both Haha and LeesSang (Gary punya grup). Tiba2 me jadi peminat Leessang pulak dah. 

HaHa

Leessang - yang xda misai Gary la tu
Mau topi yang ada cop Leessang, macam yang Gary selalu guna tu.. Tapi mana mau cari aa? Xpa, me go cop sendiri later la if got time and opportunity.  

*kekekekekeke
    

Ahad, 13 November 2011

Bang, Bang, Bang!


Perkataan "Bang" pada tajuk di atas bukan merujuk kepada abang, adik atau saudara mara terdekat. Ia adalah satu imitasi bunyi yang terhasil apabila getaran pada logam laras senjata api semasa picu ditarik, beserta tindakbalas kimia yang mendadak lalu menghasilkan letupan dan menolak peluru keluar dari muncung laras senjata pada kelajuan yang tinggi. Perkataan ini juga bukannya panggilan manja kepada mana-mana balak yang berbulu dada gebu, sama ada mereka bermata sepet atau bermata buaya.   

Sebelum penulisan ini menjadi annoying sangat-sangat, adalah dinasihati bahawa segala jenis senjata api harus diletakkan jauh dari jangkauan kanak-kanak bagi menghalang sesuatu yang buruk daripada berlaku. Seperti yang diketahui ramai, kanak-kanak zaman sekarang mempunyai pola tingkah laku yang sukar diramal apatah lagi di-plotkan ke atas kertas graf. 

Oleh itu, kerjasama daripada pelbagai pihak merupakan kunci kepada keamanan sejagat. Perpaduan merupakan elemen utama dalam penyatuan masyarakat majmuk tidak kira di Keningau ataupun pekan-pekan dan kampung-kampung yang sewaktu dengannya. Jika dinilai berdasarkan warna kulit, nampaknya sepupu dari suku kaum african-malaysian semakin memenuhi segenap lorong-lorong comel negeri Sabah.

Gejala banjir yang melarat di Thailand cukup memberikan impak ketara kepada kelaparan yang melanda cicak-cicak di pedalaman Sabah, khususnya di kawasan Bukit Langsat. Mereka yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada hari esok pula risau akan bencana alam seperti pengawas peperiksaan yang bermisai tebal, mata tajam dan menunjukkan tingkahlaku garang semacam. 

Tujuan utama bebelan ini diterjemah kepada lambang-lambang huruf yang berderetan merupakan satu cara untuk mengucapkan Selamat Hari SPM dan  Selamat Berkertas Peperiksaan kepada calon-calon yang bakal menembak jawapan pada hari esok. Selamat berjuang, ikhlas dari veteran perang. Kepada sesiapa yang bercadang untuk menangis di depan kertas esok anda dialu-alukan berbuat demikian, nescaya kertas soalan anda yang basah dek air mata itu terisi jawapannya secara automatik.  

Akhir kata, Good Luck. May the light be with You! 

Cara menembak jawapan 

P/s: Don't ever give up. Even if u don't know the actual answer, just put anything, write down whatever u have on ur stupid head. Don't leave the answer sheet blank! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...