
Ada pening-pening?
Muntah-muntah?
Inginkan tubuh yang sehat sejahtera di musim asaimen ini??
Jangan bimbang jangan takut, abang Roy ada penawar duka.
Pening, muntah makan berlebihan, semua dijamin sembuh dengan adanya tips tubuh sehat, ilham mimpi abang Roy 3 purnama yang lalu.
Yang jauh mari dekat, yang dekat mari rapat..
Biasanya, simptom seperti pening kepala adalah kesan langsung daripada aktiviti serta proses kognitif otak manusia yang kompleks, mencari penyelesaian yang mudah dan logik serta praktikal kepada masalah-masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian selain berusaha untuk mengekalkan kelangsungan hidup dan kelangsingan pinggang di samping keluarga terdekat dan juga mengingati insan yang tersayang.
Membaca ayat yang sangat panjang juga dikaitkan dengan simptom pening kepala.
Abang tidak mahu kedekut. So, untuk kekal sehat macam abang bolehlah cuba-cuba untuk mempraktikkan tips-tips abang ini.
1. Makan secukupnya
2. Tidur secukupnya
3. Berak secukupnya
4. Kencing secukupnya
5. Bersenam secukupnya
6. Doa secukupnya
7. Main game secukupnya
8. Study secukupnya
9. Dengar lagu secukupnya
10. Outing secukupnya
11. Meeting secukupnya
12. Update blog secukupnya
13. Cuci kain secukupnya
13. Sidai kain secukupnya
14. Pungut kain secukupnya
15. Main gitar secukupnya
16. Dengar radio secukupnya
17. Dating secukupnya
18. Mengejek orang secukupnya
19. SMS secukupnya
20. Berak secukupnya
21. Guna deodoran secukupnya
22. Koling secukupnya
23. Minum 3in1 secukupnya
24. Menaip secukupnya
25. Naik-turun tangga secukupnya
26. Main bola secukupnya
27. Makan bun secukupnya
28. Nyanyi secukupnya
29. Garu ketiak secukupnya
30. Copy-paste asaimen secukup-cukupnya
Abang hanya mampu mengewishkan good luck kepada sesiapa yang sudi menelan tips ni bulat-bulat. Jaminan 100% abang berikan jika nombor 30 di atas beres, memang hilanglah segala pening dan muntah-muntah.
Selamat mencuba. Muah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan