Rabu, 6 Februari 2013

Virus -kiss me or click like-

AMARAN SERANGAN VIRUS DIGITAL 2013

Keningau: Beberapa komputer riba di Sabah khususnya di kawasan Bukit Langsat, Keningau telah disahkan positif menghidap virus ini. Diagnosis menunjukkan bahawa virus ini memberikan kesan bukan sahaja kepada komputer riba yang diserang malah mampu membuatkan pemiliknya turut ketawa terbahak-bahak.

Salah seorang saksi di tempat kejadian, En. Syafiqkring (bukan nama sebenar) ditemui berkata "Mereka akan ketawa, ada yang terus memalingkan muka sebaik sahaja melihat paparan dekstop komputer riba mereka". Tambah beliau, usaha untuk membendung virus ini daripada terus tersebar akan dipertingkatkan berikutan beberapa kes serius yang melibatkan adegan kejar mengejar. 

Virus ini berjangkit melalui satu cara sahaja iaitu melalui kontak fizikal dan digital di antara Pendrive melalui hub USB langsung kepada komputer riba. Namun begitu, virus ini mempunyai mobiliti yang sangat terhad dan proses infeksi adalah secara manual. Dengan format .jpeg sahaja, file ini memadai dilabel sebagai virus kerana boleh menyerang mana-mana paparan dekstop komputer riba yang terbiar tanpa seliaan pemiliknya secara langsung.

Berikut merupakan paparan dekstop komputer riba anda apabila diserang virus ini:

Virus ini dinamakan Kiss Me or Click Like sempena barisan perkataan yang tertera pada imej di atas. Individu yang bertanggungjawab menyebarkan virus ini adalah tidak lain tidak bukan saya sendiri menggunakan pendrive saya yang ada besangkut babi warna hijau tuu. Dengan hasutan En. Syafiqkring (mangsa pertama) maka terbentuklah pasukan duo entah apa-apa untuk mengcopy seterusnya menjadikan imej ini sebagai wallpaper laptop orang. 

Senarai mangsa setakat ini (reaksi):
En. Syafiqkring (ketawa terbahak2 sampai muka merah mo pecah)
Mairok (marah dan akhirnya masih marah)
Sikin (katawa juga)
Akmal Polarbear (katawa juga la)
Ida lalat (ketawa sambil kegelian, bertanggungjawab dalam adegan kejar mengejar)

Semua mangsa berjaya pulih dari serangan virus dan kini sedang menjalani rehabilitasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...