Rabu, 11 Mei 2011

Helah Bela Diri?


Yeeehhhaaaaa! Its exam season and I’m kinda happy now. Nih la antara contoh aplikasi Teori Pelaziman oleh barisan uncle2 Behavioris, asal exam ja beliur lah gua teringatkan cuti..

Xpa, kita skip bahagian liur2 nih, jijik lah. Eeuuuwww. Kunun2 sa mula study la ni skang. Buku Perkembangan Kanak-kanak beh, sa blum lagi habis2 baca dari awal tahunn lagi. Amaaa, jantan pemalas keriput-put betul!

Hokeh, sa baca pasal Helah Bela Diri (atau urang putih bilang ‘Defence Mechanism’) tadi. Mantap juga pula manusia ni kan. Ada2 saja durg buat untuk cover durang punya malu, ada yang tlampau ego tu durg guna helah bela diri la tu mo jaga pantat durg. Oh, ada yang blur ka pasal helah2 yang sa sakap ni? 

Okay, kita belajar la yaaa. Ngam2 sa boring ni study sekarang so sa share la hasil pembelajaran sa hari ni. Nah kamu tinguk la nota sa di bawah ni. Di buku Halizah Hamzah sama Joy N. Samuel bei ni. Sa try kasi simple uda yaa.



Helah Bela Diri = Usaha yang dilakukan secara kebiasaan sama ada sedar / x sedar (ada juga yg x sedar diri pula kan) untuk mempertahankan ego, ancaman dan kebimbangannya.

Nah kamu, banyak ni jenis2 helah bela diri kunun. Mari kama kita mengapal, inda dapat jawab maa di exam hall nanti baru kamu tau. Kotoh sa bilang saja aa.

1.   Rasionalisasi

Memberi penerangan/ alasan yg kelihatan logik & munasabah utk lindung@sembunyi motif

Cth: Si gaman bilang malas belajar sebab exam lamaaa lagi. Naa matai la ko gaman kalo study last minit.

bagus2, mimpi 4flat. Jan ja mimpi basah.


2.       Sublimasi

Menyalurkan kekecewaan kepada sesuatu yang diterima masyarakat. Helah bela diri yang sihat bah kunun ni.

Cth: si gaman frust kunun si inan inda balas surat cinta, pastu si gaman pigi la mengukir sebuah arca yang caaantik (pada pandangan si gaman) tapi memang xkan mirip si inan.

Gaman, dun be sad..


3.       Pemindahan (Displacement)

Memindahkan kekecewaan/perasaan kepada individu lain. Mcm sharing la kunun ni? Sa pun inda berapa paham. Lantaklah.

Cth: Si Gaki p marah si gaman pasal inda pigi jemur tu padi. Pastu si gaman pigi la kasi pindah perasaan dia sama si Gembiri, anak buah dia.

Si gaki kesayangan si gaman.


4.       Projeksi

Kasi salah/meletakkan kegagalan sama org lain untuk jaga pantat sendiri. Ni pun sa paham2 tapi inda tau mcm mana mau kasitau. Heehe, antam ja bah kan. Ketara la bungul betul kepala sa ni.

Cth: Kunun2 la si gaman ni benci sesiapa saja. Trus dia cakap suma org benci dia. Lagi la bungul kan?

I Hate U (Gaman, 2011)


5.       Introjeksi

Menerima pengaruh dan ciri orang lain dan persekitaran ke dalam diri. Berlawanan sama projeksi baini kawan.

Cth : Si gaman mau jadi macam si gaki sebab si gaman bilang si gaki campin mengayat sumandak.

Ni la gambar si Gaki time muda2 dulu..


6.        Pembentukkan Reaksi

Memperlihatkan reaksi yang bertentangan dengan bentuk ancaman. Ini macam main tirik bah ni.

Cth: Pada satu malam, si gaman pigi la ke funfair. Trus da naik lah tu space gun kunun. Si gaman ketawaaa berabis ni, padahal mau tekencing suda ketakutan. Inda malu si gaman.

Naa main tipuu saja. putung tu lidah.


7.       Kompensasi

Menggunakan kelebihan dalam aktiviti lain untuk mengganti aktiviti tertentu.

Cth: Si Gembiri yang inda pandai menguntik sumandak kerana beliau kurang pengalaman mengayat. Nah, trus la si Gembiri pigi bercucuk tanam sebab dia ni pro la kunun memproses tuhau. Pastu banyak sumandak pigi beli tuhau dia, x kurang la yang mengambil kesempatan supaya dapat extra tuhau.

Cool ow si Gaki. peewit!


8.       Represi

Mengatasi perasaan yang sedih, sakit hati dengan cara mengalihkan perasaan tersebut dari kesedaran/ percaya perkara itu x terjadi. Kawan si gaman, si Freud cakap ini tindakan ni macam memendam perasaan, keinginan@konflik. Mengganggu perkembangan psikologi sama perhubungan emosi/sosial bah ni kawan.

 Cth: Si gaman inda mau berbincang pasal kematian kerbau kesayangannya, si Gorungot.  

late Gorungot. Cute kan kerbau si gaman ni.


9.       Regresi

Berlaku apabila seseorang kembali kepada jenis tingkahlaku yang menjadi kebiasaan di peringkat perkembangan terdahulu.

Cth: Akibat si gaman telampau marah suda sama si Gembiri, mula la dia berak di merata tempat. Perbuatan tersebut adalah amalan si gaman kalau dia marah time budak2 dulu.

Ololo, si gaman time baby2 dulu..


10.   Fantasi

Mengurangkan ketegangan dengan cara berkhayal & membentuk situasi dalam imaginasi yang kurang mengancam dan lebih selamat. Tapi kalau bab imaginasi ni ada bahaya sikit kan? Kan?

Cth: Si gaman berfantasi la yang dia ada banyak ternakan kerbau yang sihat2 belaka. Padahal, satu-satunya kerbau yang pernah dia ada, si Gorungot, telah mati pucuk ditabrak mobil.

Naaa, gambar ni mcm xda kaitan ja. Abaikan.


11.   Penyangkalan

Menafikan/ menolak realiti.

Cth: Si gaman x percaya si Gorungot kerbau tercintanya itu telah mati. Dia bilang tu kerbau dia main tirik saja sama dia, tidur2 kunun di tengah jalan.


12.   Identifikasi

Melindungi diri bagi menutup kelemahan/kekurangan dengan menyifatkan dirinya sama seperti orang lain yang mempunyai kuasa.

Cth: Si gaman bilang tu ketua kampung dia punya uncle untuk mengidentifikasikan diri sama org kampung yang dia ni kunun org kuat kampung lah.

Aktiviti Super Hero kalau tidak menyelamatkan dunia.....
Oppsss! tu itik ketua kampung tuu!!


13.   Keagresifan

Meluahkan perasaan, kekecewaan secara agresif. Akan mencederakan, merosakkan, memberi ancaman/ menggunakan tindakan fizikal yang agresif utk membendung kekecewaan.

Cth: Si gaman bekuntau sama si inan, naa matai laa c inan kana geruyuk pasal buat kupi yang kurang gula.


Yaahh. Keagresifan!



Haa, sa tau suda perangai urang. Frankly, sa pun guna juga helah2 ni. Bagus2, harap sa dapat jawab la kalau ada soalan pasal helah bela diri. Aminnn.

p/s: sorry la, sa antam seja bagi tu cuntuh2..harap kita dapat faham tajuk ni sama2 yaa. >.< v

2 ulasan:

  1. hahahhahahah..siapa si gaman tu roy?

    BalasPadam
  2. haha,tu cuma ilustrasi laa..xda kaitan sama yang hidup atau dekat uda mau mati ataupun yg memang suda mati..haha

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...