Isnin, 22 Ogos 2011

Tips melepaskan stress yang sehat.

Kita menghadapi tekanan apabila berhadapan dengan perkara yang mencabar keupayaan kita untuk menanganinya. Tekanan yang sederhana boleh menjadi batu loncatan dan menjadi satu bentuk dorongan bagi badan dan minda kita untuk berfikir dan bekerja dengan lebih baik.


Stress & asaimen. Esok hantar, hari ni mula buat. 

Kalau stress pasal asaimen tu memang asam pekasam dalam kehidupan seorang penuntut ilmu yang ketiaknya masam. Bagaimana jika seseorang itu perlu berdepan dengan perkara yang melibatkan nyawa, maruah dan bulu ketiaknya? Sudah tentu orang tu akan memaki-maki dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil bertepuk tangan. Hal ini sedikit sebanyak mengganggu produktiviti manusia, tidak kira pekerja kilang ataupun pengusaha kedai runcit.

Anda tahu bila anda dijangkiti stress?? Tidak ramai individu yang boleh menjawab soalan ini dengan tulus ikhlas. Berikut merupakan tanda-tanda orang yang stress la konon:
 

1. Tingkahlaku main ganas

2. Kurang gembira dan buat muka emo

3. Rasa marah semacam

4. Cekewa

5. Malas buat kerja

6. Putus harapan

7. Malas buat keputusan

8. Kepala pening-pening, muntah

9. Tidur pun ada masalah


Kasihan orang-orang yang stress kan. Sampai ada yang putus harapan lagi tu. Oleh itu, janganlah kita membuatkan ibu bapa kita stress melihat gelagat kita merengek tak tentu pasal nak mintak beli ini lah, itu lah, nak jugak kawin mamat/minah korea lah, nak misai datuk K lah. Silap haribulan, meninggallah diorang seminggu dua.  

anak ayam 


So, dibawah ni ada beberapa cara untuk kita menangani stress yaa anak lembu tenusu sekaliannya:

1. Bila naik angin, cuba pause kejap dan admit yang korang tu tengah marah and need to bertenang ASAP.

2. Lepas pause kejap tu, guna lah otak sikit. Rancang fikiran mengikut keBIJAKsanaan dan bukan EMOSI. Kalau memang dah bengap, pura-pura berfikir secara bijak lah yaa.

3. Bertindak menggunakan tindakan yang berkesan dan BIJAK. Jangan bertindak merosakkan harta benda awam ataupun hak milik peribadi, korang pun bukannya kaya sangat nak beli baru.

sekadar gambar hiasan
ya, ni gambar hiasan jugak


Mutu kehidupan kita dinilai melalui apa yang telah kita kecapi dan juga pencapaian kita, siapa kita di mata orang sekeliling kita. Jadi, berusahalah untuk mencapai yang terbaik dalam apa juga usaha dan hal ini memerlukan kita untuk menangani masalah dan stress dengan baik. 

Umm, kalau masih ada masalah dengan cara menangani stress di atas, jangan risau. Kita boleh download kit pelepas tekanan di bawah:

*setiap muat turun akan dicas 50 sen

Sila ikuti arahan yang diberi dengan teliti, pastikan tiada arahan yang terlepas. Semoga berjaya, Good luck. 

>.<

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...