Khamis, 25 Ogos 2011

Tips mengubati cirit-birit

Berak merupakan salah satu aktiviti yang tersenarai dalam rutin harian kita. Dalam sehari tu memang berak punya, paling tidak pun sekali dalam dua hari. Namun begitu, kekerapan berak dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti jumlah makanan pejal yang ditelan, saiz simpanan usus besar dan juga hobi. 

LEGAAA..
Hobi pun hobi jugak, tapi bila dua tiga kali masuk ke jamban dalam selang masa yang singkat boleh mendatangkan bosan dan memberi keresahan. "Cirit birit kah aku ini?" "Demm, mesti rojak semalam!" "Maaakkk, ubat sakit perut mana?!" antara kata-kata puitis yang selalunya diluahkan. 

Untuk menambah isi kepala hotak kita yang kosong bak tin susu, marilah kita membaca serba sedikit mengenai fenomena keciritan masa kini. Cirit-birit mempunyai beberapa jenis seperti yang dikaji oleh para monyet di abad ke-18 dulu:

1. Cirit yang disebabkan bakteria

2. Cirit yang disebabkan virus

3. Cirit yang disebabkan oleh protozoa

4. Cirit yang disebabkan oleh ubat


Sekadar gambar hiasan

Bagaimana mendiagnosis individu yang terlibat dengan penyakit keciritan:

1. Kentut yang super bau

2. Durasi menyahtinja di jamban mengambil masa yang panjang

3. Berak disertai dengan Sound Effect 

4. Muka berseri-seri bertukar hijau

5. Berjalan mundar-mandir

6. Kewujudan wangian kentut sebaik sahaja suspek cirit melintas

7. Muka bertambah berseri-seri kerana dimekap kerana takut kedapatan keciritan kerana takut ditimpa kemaluan

Arrgghhh gwragaopnovunastrdty!

Bagi individu yang menghidap penyakit pelik ini, usah risau. Ketepikan gundah gulana anda dan terus memandang ke hadapan. Masih ada sinaran cahaya kesembuhan bagi anda, sinaran mata Tok Guru Tarap yang banyak mengkaji dan mengalami sendiri penyakit ini.
Tips mengubati cirit-birit menurut Tok Guru Tarap:  

"Ooh, kalau dah sakit perut tu sedar diri siket. Kalau nak kentut tu ingat-ingatlah orang yang tersayang. Satu lagi, jangan delay lah bila perut tu memulas. Nanti terberak dalam seluar bikin malu anak bini dan sedara mara pulak." nasihat dari Tok Guru.

"Nah, kalau nak sembuh awal makanlah pucuk daun jambu. Kunyah daun itu dan telan je air-air yang tercampur dengan air liur." Tambah beliau. 

Sekian sahaja cerita tentang cirit-birit yaa. Kepada yang sehat-sehat, sila nikmati hari-hari bahagia anda. Besok lusa kamurang memang akan cirit birit punya. KONFEM! hahaha. 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...