Ahad, 13 November 2011

Bang, Bang, Bang!


Perkataan "Bang" pada tajuk di atas bukan merujuk kepada abang, adik atau saudara mara terdekat. Ia adalah satu imitasi bunyi yang terhasil apabila getaran pada logam laras senjata api semasa picu ditarik, beserta tindakbalas kimia yang mendadak lalu menghasilkan letupan dan menolak peluru keluar dari muncung laras senjata pada kelajuan yang tinggi. Perkataan ini juga bukannya panggilan manja kepada mana-mana balak yang berbulu dada gebu, sama ada mereka bermata sepet atau bermata buaya.   

Sebelum penulisan ini menjadi annoying sangat-sangat, adalah dinasihati bahawa segala jenis senjata api harus diletakkan jauh dari jangkauan kanak-kanak bagi menghalang sesuatu yang buruk daripada berlaku. Seperti yang diketahui ramai, kanak-kanak zaman sekarang mempunyai pola tingkah laku yang sukar diramal apatah lagi di-plotkan ke atas kertas graf. 

Oleh itu, kerjasama daripada pelbagai pihak merupakan kunci kepada keamanan sejagat. Perpaduan merupakan elemen utama dalam penyatuan masyarakat majmuk tidak kira di Keningau ataupun pekan-pekan dan kampung-kampung yang sewaktu dengannya. Jika dinilai berdasarkan warna kulit, nampaknya sepupu dari suku kaum african-malaysian semakin memenuhi segenap lorong-lorong comel negeri Sabah.

Gejala banjir yang melarat di Thailand cukup memberikan impak ketara kepada kelaparan yang melanda cicak-cicak di pedalaman Sabah, khususnya di kawasan Bukit Langsat. Mereka yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada hari esok pula risau akan bencana alam seperti pengawas peperiksaan yang bermisai tebal, mata tajam dan menunjukkan tingkahlaku garang semacam. 

Tujuan utama bebelan ini diterjemah kepada lambang-lambang huruf yang berderetan merupakan satu cara untuk mengucapkan Selamat Hari SPM dan  Selamat Berkertas Peperiksaan kepada calon-calon yang bakal menembak jawapan pada hari esok. Selamat berjuang, ikhlas dari veteran perang. Kepada sesiapa yang bercadang untuk menangis di depan kertas esok anda dialu-alukan berbuat demikian, nescaya kertas soalan anda yang basah dek air mata itu terisi jawapannya secara automatik.  

Akhir kata, Good Luck. May the light be with You! 

Cara menembak jawapan 

P/s: Don't ever give up. Even if u don't know the actual answer, just put anything, write down whatever u have on ur stupid head. Don't leave the answer sheet blank! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...