Ahad, 10 Julai 2011

Seorang Pemuda Terbeli Kasut Bola

KENINGAU: Dunia bola sepak digegarkan pada hari ini berikutan pembelian sebuah kasut bola oleh seorang pemuda di Keningau, beberapa hari yang lalu.


     Mempunyai penampilan yang segak dan ranggi, pemuda yang selesa dipanggil Roy ini telah membelanjakan duit elaun miliknya bagi melicinkan proses perdagangan yang mengambil tempat di sebuah kedai kasut terkemuka daerah Keningau ini. Beliau yang mempunyai paras rupa comel juga berhasrat untuk membeli sepasang stokin dan shin guard namun terpaksa membatalkan hasratnya itu kerana ketandusan wang.

     "Saya sangat gembiralah, tidak sangka saya telah membeli kasut ini" Ujar Roy kepada para wartawan yang hadir. Turut hadir di lokasi tersebut ialah beberapa pemuda lain yang juga merupakan rakan iaitu Sapik "Kring", future Imam Muda Bani dan Tarap. Mereka masing-masing telah membeli sepasang kasut mengikut cita rasa mereka.

     Sedang sesi temubual berjalan dengan rancak, suasana yang harmoni, 1Malaysia dan aman dan damai..tiba-tiba muncul seekor raksasa. 

Kasut Berjenama yang telah dibeli pemuda tersebut.

     Kelibat para wartawan di lokasi sedikit sebanyak mengundang tanda soal kepada para tauke kedai dan pendatang asing yang berhampiran. Tidak kurang juga kelibat beberapa artis ternama seperti Bruno Mars, Justin Bieber dan Fergie BEP berlegar-legar di lokasi namun sekalipun tidak menarik perhatian para wartawan yang hadir.

     Berikutan peristiwa ini, Kerajaan Sabah telah mengisytiharkan Cuti Umum Berkecuali dan Mandatori terhad kepada Daerah Keningau sahaja. Beberapa dasar telah dibentuk dan diusulkan di Parlimen sebagai rujukan orang-orang tua kehormat. 

     Oleh itu, berkuatkuasa bermula pada 6 Julai 2011 dan tarikh ini pada tahun-tahun berikutnya, adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI bagi setiap penduduk Daerah Keningau untuk;  

1. Menjalankan sebarang aktiviti perdagangan (Menjual atau Membeli, termasuk Menghutang).

2. Membuat kerja-kerja yang melibatkan pengiraan kompleks dan penggunaan otak yang serius (Membuat tugasan kerja kursus, kerja rumah, termasuk menghafal ABC).

3. Berbuat bodoh (lawak bodoh, muka bodoh, personaliti bodoh).

4. Membuat muka masam macam jeruk basi.

5. Bermain guli.

6. Menghantar SMS/MMS melebihi 50 unit, Menelefon melebihi 3 minit.

7. Duduk depan laptop sambil melayari laman Facebook melebihi 30 minit.

8. Berada di dalam jamban melebihi 5 minit.

9. Mengurat lawan jenis/sama jenis.

10. Kuliah ganti tidak diambil kira oleh pihak MQA.

11. Mencuri di kebun ketua kampung.

     
     Sekiranya terdapat individu yang gagal mematuhi syarat ini pada tarikh yang ditentukan, maka hukuman akan dilaksanakan terhadap individu berkenaan. Hukuman tersebut adalah disediakan dalam bentuk HAMPER set barangan dapur bernilai RM500 berserta cek bernilai RM50. Sebelum itu, pesalah akan dihukum menyanyi sebuah lagu pilihan sendiri dengan penuh semangat. 

     Situasi di lokasi kembali lengang apabila para wartawan mulai bersurai dan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing. Adalah diingatkan kepada orang ramai untuk bangun awal pada hari esok kerana hari esok hari isnin. Terima kasih. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...