Ahad, 4 September 2011

Post Mortem lepas cuti Merdekaraya.


1. Perut bertambah saiz. Kompom.

2. Panjang rambut bertambah tanpa disedari. 

3. Bilangan lemak tepu dan tak tepu dijangka meningkat berlipat kali ganda dari sebelumnya. Kolesterol pun sama.

4. Duit berterbangan keluar dari dompet, mengakibatkan fenomena pengurangan jumlah yang amat drastik.

5. Terdapat lipatan lemak ekstra pada bahagian leher dan tengkuk. Bahagian punggung juga menunjukkan simptom yang sama.

6. Pipi bertambah gebu.

7. Misai dan janggut berkurangan akibat dicukur.

8. Perut terasa kurang selesa, rasa nak berak selang 2 jam.

9. Gegendang telinga semakin menebal setelah menghadapi pelbagai leteran dan bebelan. 

10. Ketagihan perkhidmatan makan free 24jam. 

11. Menu makanan berubah dari makanan berkhasiat, berlemak, berkicap kepada mee segera cap Maggie, Mee Sedaaap dan sebagainya.

12. Sikap malas semakin menjadi-jadi. Sampai mandi pun malas juga.

13. Main game sampai naik boring. So, perlu game baru.

14. Badan terasa lembik, langsung tidak bersukan selama seminggu. 

15. Berat badan meningkat lah beb.

16. So, kena diet la ni?

17. Malas la diet, nanti malnutrition pula jadinya.

18. Tapi..nanti kurang hensem laa pula kalau pipi dan perut sumanya tebal-tebal belaka.

19. Takpa, janji gua tetap kiut selamanya!! 

20. Hahahaha.

Selamat Hari Raya dan Selamat menyambut Hari Kemerdekaan.
*better late than never >.<

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...