Isnin, 26 September 2011

SCE 3103 Meneroka Bahan: PPIK 1

Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) Tajuk 1
Bahan Semulajadi dan Bahan Buatan Manusia

Hoho, ni tugasan kami ni. Buat kolaj daripada bahan semulajadi dan bahan buatan manusia. So, me Akmal sama si Dimit satu kumpulan. Entah knapa, kami blur mau buat apa untuk tugasan ni. Last2, kami pilih buat lalat saja bcoz senang n x banyak songeh. Sila lihat gambar di bawah:  

Cute kan..hik3
Nah, suda siap tu kolaj, perlu label dan senaraikan bahan semulajadi sama bahan yang dibuat orang. Pastu, mau kasi cerita lagi kunun. Senang cerita, me buat la 1 cerita yang super simple dan takda kaitan pun sama objektif tugasan ni.. Hohoho.

Matahari terik menghangatkan suasana, terkadang disapa angin sepoi-sepoi bahasa disahuti kicauan burung-burung. Seekor lalat sedang terbang pulang dari sekolah. Nampaknya si lalat sedang sedih kerana didenda oleh guru. Lalat terlupa untuk menyiapkan kerja rumah matapelajaran sains.
Tiba-tiba, si lalat yang comel itu terlihat sesuatu di tanah. “Wah, wanginya benda itu.” lalat bermonolog di udara. Dengan penuh tanda tanya, lalat terbang perlahan-lahan ke arah benda misteri itu. Ah, kuih rupanya.
Lalat yang sedang kelaparan pun lantas menjamah rezeki yang berada di hadapannya. “Oppss” kata lalat, sedikit terkejut. Rupanya si lalat lupa untuk membaca doa makan. Si lalat pun makan dengan hati yang gembira.
Sedang si lalat itu makan, beliau teringatkan idolanya. “Oh abang Safee, baik-baik engkau nun jauh di sana ya. Nama Safee Sali tetap dihatiku” kata lalat dengan penuh syahdu. Setelah siap makan, lalat membersihkan tangan-tangannya dengan mengelap ke rumput yang ada di tepian kuih itu.
Lalat pun terbang pulang dengan hati yang senang dan hidup gembira seumur hidupnya.


Dead_flies_art_02
Ahh..lega

Apa baini PPIK ni?
Tujuan pelaksanaan PPIK adalah sebagai satu medium bagi guru pelatih untuk menyampaikan pengetahuan melalui pelbagai jenis aktiviti. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan perlu mengambil kira tahap kognitif murid, so guru berperanan penting untuk memastikan content pembelajaran sampai kepada murid. Betul kah? Me pun inda tau actually hohoho. 

P/S: Looking forward to be someone great in educating pupils. Can I possibly be the future Menteri Pendidikan? ^0^

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...