Rabu, 13 April 2011

Burung, lastik dan Babi.



Boring laa study. Sesungguhnya gua agak blur sama subjek titas ni. Buku pun takda, berat bontot nak jalan ke pusat sumber. Inisiatif terakhir, pinjam nota kawan n pototstet. Tuh pun kalau gua rajin. Alaahhaii..
Besok paper gua. So, hari ni mesti prepare sumtin laa buat bekal masuk dewan exam. Sapa2 yang dah bajet nak meniru tuh, tak baik tau.. Tuhan nampak. So, better jangan cuba2 la. Oh yaa..hari ni camping UBF mula, meriah laa Pulako tuh untuk beberapa hari. Si Sayang pinjam sleeping beg gua yang berbau haprak, minta maaf ya..


Okai, just nak share pasal benda ni. Orang lain sibuk study titas, gua ngan geng2 lain sibuk sama ini barang: Angry Bird. Penah dengar? Penah main?
Orait, kepada sesiapa yang tidak tahu menahu apakah barang ini, gua sediakan sumtin: Sneak peek>>



Angry Bird ni sebenarnya sebatang game yang boleh main di mana2 saja. Gua prefer main kat laptop buruk gua tuh. Watak yang terlibat dalam game ini ialah beberapa ekor burung dan telurnya, beberapa ekor khinzir, sebatang lastik, batu-bata, kayu-kayan, besi-besan (?) dan beberapa jenis buah-buahan tempatan mahupun buah import. 


Misi kitaorang dalam game ini hanyalah melastik babi dan khinzir sebagai target dan burung-burung sebagai pelurunya. Kesian khinzir2 tuh kena lastik. Kenapa mereka menjadi mangsa? Seperti kebanyakkan game, Angry Bird pun ada storynya sendiri..ehemm2, gua kasi cerita sikit yaa.
Al-kisah, pada mulanya terdapat babi, burung dan telor-telornya. Tiba2 telor2 tersebut hilang, dan burung semuanya terkezut. Tetapi kan, ada ni bekas tapak kaki tu babi sana. Kiut lagi tu tapak kaki. Naa, kena suspek la si babi mencuri telor. Dan si burung2 pun marah dan mula beraksi untuk merampas kembali telor mereka! 


Naaaa, hilang suda telor?

Dalang disebalik kehilangan..Babi! opps, khinzir.
Hero-hero kita, burung kamikaze!
Lastik yang siap untuk para babi2.
Ni la barisan target. On ur Face, Nasty pigs! hahaha




Memang layan la game nih..Sampai samdol2 kelas gua malas belajar. Ketawaa berabis laa, tidak kurang yang stress nak mampos ganyang barang ni. Tengoklah, pasni menangis air mata darah laa depan paper. Harrrr.
Okeh2, gua nak study brabis la malam ni. Pecutan terakhir. Harap2 pinggang gua ok, hik3. FYI, gua dah khatam dah game babi2 ni..harrr, peace biji kempis!!

p/s : Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan installer game ini, sila hubungi bapa saya di talian 013 87*783*. Sekian, harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...