Sabtu, 30 April 2011

Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu.

Sapa penah panjat Gunung Daik becabang-cabang? Ehh, Gunung Kinabalu? korang yang angkat tangan tu, tutup2 la ketiak korang yeee.Baauuuu!

Kinabalu Mountain . View from Kundasang-Ranau road.

Okeh, frankly, gua dah panjat batu besar tuh. Wanna dengar my temberang? Open ur eyes as wide as u can, but jangan dekat sangat ngan skrin nih. Rabun ayam kang, susah nak lintas jalan.

Para pemanjat, siap ngan tongkat sakti (RM3 sebatang).



Sebenarnya, gua dapat peluang memanjat barang tuh pada tanggal 19-20 November tahun lepas. 2011 la tuh ging. Selama 20 tahun gua skodeng2 gunung tuh, akhirnya terpanjat juga. Syukurrr. Ini pun gua join trip klas orang, bayar rm250 ngan tutor dorg.



Mesti korang mau tau kelengkapan yang perlu time memanjat gunung kan? Gua bagi info sikit2 la yee. Okeh, kepada yang berminat sila catat ni:

  1. Wind breaker sebijik.
  2. Celana dalam@boxer. 2 helai pown cukup, gua x mandi selama 2 hari kat sana.
  3. Kasut. Better yang waterproof la, kasut adidas kampung kah. mantap bah.
  4. Celana pendek. Yang tebal punya, bagi insulate skit adik kecil kita. Opps, gua punya besar wei.
  5. Suar trek. Sehelai cukup, beter beli yang mahal punya. Biar mantap skit belanjawan.
  6. Stokin. Beli 3 ketul mungkin cukup. In case korang naik laban rata tuh ujan, ada juga spare untuk panjat puncak. 
  7. Sweater@jacket@baju tebal@baju panas. Nih elemen penting, beli yang stail korea tuh. Baru dapat snap gambar hot kat puncak. 
  8. T-shirt. Haa, bagi yang cold resistant tuh sila la panjat dengan memakai t-shirt korang yee. But gua cadangkan pakai 3 lapis la baju, bukan selalu dapat pakai baju banyak tuh.
  9. Snow cap or towpi. Kinabalu tuh bukannya ada salji pun but agak sejuk jugak lah. Kalau mau gambar hot belilah yang stail korea2, jepang2 tuh baru dapat minta puji.
  10. Sarung tangan@glove. Bawak lah 2 atau 3 copy sarung tangan, just in-case basah la.
  11. Raincoat. Bawak ja, kalau ujan pakai laa if x ujan buat jeruk.
  12. Torchlight. Benda ni pun penting jugak, better buy the one we wear on our kepala hotak. Sbab nanti tangan kita guna untuk pegang tali. 
  13. Barang makanan. Eya, ini sangat penting kepada samdol yang kuat makan. Well, bawaklah coklat sepapan dua ka, revive sebaldi ka.
  14. Beg. Nih untuk simpan barang makan korang, hik3.
  15. Air minum. Yaa, at least 1 botol laa. Mati katak kamurang nanti xda air minum.
  16. Cermin mata. Aksesori tambahan untuk meminta puji.
  17. Doa. Ya, minta penyertaanNya dalam setiap langkah kita.
  18. Kamera. If xda yang mahal, kamera henpon pun jadilah.
  19. Pa lagi yaaa? malas dah gua pikir.
  20. Jap2, gua try ingat yaa. 
  21. Oh yaa, sebelum mendaki tuh jogging2 sikit untuk melatih otot. xpayah lah latihan cam gila babi. Buang masa.

Okeh, sedikit info tentang trail ke puncak. Bagi yang dah biasa naik bukit ke kebun tuh x perlu risau la. Termasuklah para penoreh getah. 

Haa, ada peta. Pandai2 la tengok aa.

Terdapat dua pintu masuk, tapi better masuk Timpohon Gate la bcoz lebih dekat bah trail sana. Pak guide bagi taklimat sikit, temberang2 sikit pastu bagi kita jalan. Kemudian pada jam8 atau jam9 gitu, perjalanan memanjat gunung bermula dan mengambil masa beberapa jam. 6 kilometer tuh. Sepanjang perjalanan tu ada beberapa pondok untuk berhenti dan beromance berehat sekejap. Ingat2 nasihat pak guide, jangan berehat melebihi 15minit. Bcoz kita x mau lambat sampai ke Laban Rata.


Hah, baru sampai dan masih blur dgn proses pendakian.


Kinabalu, siap ngan embun2 skali.

Jangan risau, xkan sesat punya.

Sempat minta puji depan cam, hik3.
Fuhh, suma penat, rintihan dan tohmahan lesap ke udara bila terlihat rumah2 di stesen Laban Rata. Kira2 jam1 atau jam3 lah korang sampai sini. Okeh, sini la tempat persinggahan sebelum ke puncak. Makan minum disediakan (ikut pakej korang lah) buffet gitu. Sodaappp, makan sambil menikmati pemandangan matahari terbenam. Dinasihatkan supaya kita berehat lah, bcoz jam2 pagi nanti kita mula memanjat lagi. 

Orait, Jam2 pagi. Kali ni trail semakin mencabar kerana kita hanya pakai itu torchlight bah jalan naik. Dinasihatkan bagi semua pendaki supaya memakai pakaian yang sesuai pada masa ini kerana kita perlu bergerak dalam keadaan yang agak gelap, trail yang licin dan semakin mencabar. 

Haha, setelah berjalan lebih kurang 2.8 kilometer korang sampai lah di puncak Asia Tenggara. Mungkin around jam5 atau jam6 korang sampai laa. Tahniah2, Congratulation (ngam ka ejaan? lantaklah). Sesiapa yang sampai awal tuh boleh la menikmati pemandangan matahari terbit yaa.

Jeng3, keadaan semasa sampai di puncak. Huh!

Posing ngan karat kat signbod.

Cabaran masih belum selesai. What goes up, must go down. Kita dah sampai puncak, so kita mau turun pulang ke pangkuan orang tersayang masing2. Sampai sahaja kita ke Laban Rata, kita packing barang pastu makan pastu jalan turun ke point mula2 kita berada. Selesai lah suda sesi pemanjatan kita. Sound simple kan? Go la panjat gunung tuh, memang satu pengalaman yang sukar dicari.

Bukit tuh ada rupa2 beruk kan?

Abg guide. Budak ni roomate gua kat asrama time skul dolu2, hik3.

Posing ngan Low's Peak sama pakcik.

Pemandangan semasa turun. Ouch, sakit kaki.
Nih lagi pemandangan time turun.

Haha, gua agak bangga la jugak coz dah panjat barang tuh. Sebelum ni bapak gua macam mempersendakan gua, mentang2 lah orang tua tuh dah naik 2 kali. Xpa, terima kasih atas sokongan beliau. Kat puncak tuh gua sempat kol my uncle sama mama gua. Malangnya, line x clear sangat so just dengar suara mereka mendayu-dayu. Syukurrr dapat sampai puncak.



P/s: Terima kasih kerana sudi membaca dan menjengok kat sini yaa, untuk prosedur bank-in sumbangan ikhlas kepada mangsa cirit-birit di seluruh Malaysia sila hubungi nombor ini. 
Mr. Gurangak 014-67* 6*83
Mr. Bawang 016-8*27*44

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...