Selasa, 12 April 2011

Kempen Mari Belajar: Untung Azroy Kentut (UAK)



Salam, bertemu lagi kita di masa (?) dan tempat yang sama. Walaupun penulis akui warna, saiz dan kebauan celana dalam kita berbeza, penulis harap perbezaan kecil ini tidak mengganggu konsentrasi anda semua semasa membaca coretan ringkas ini. Untuk makluman semua, penulis akan menduduki Ujian Akhir Kursus (UAK) pada minggu ini. (sila ignore tajuk entri ini ya, terima kasih. Muahh.)


Ujian ini merupakan penilaian pertama penulis dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Tapi penulis hairan, kenapa penulis tidak merasakan bahang keghairahan untuk menjawab serta menembak jawapan pada kali ini? Adakah penulis sakit perut? atau period? Metamorfosis menjadi rama-rama miang? Penulis sendiri bingung. 



Satu hal yang pasti, penulis masih terkial-kial mencari rentak yang sesuai untuk belajar. Salah satu rentak yang berada di minda penulis sekarang ialah rentak kontemporari Bollywood. Perasaan malas dan naluri untuk berhibernasi menguasai diri. Nampaknya perut penulis mulai boroi, pipi mulai gebu dan berat badan melambung. Ya kah? Penulis merambang sahaja, jangan percaya sangat. Sebenarnya penulis perlu belajar pada masa ini. Tapi jari-jemari penulis yang halus mulus bak jari ning-ning ini gatal semacam. 


Penulis agak bingung, apakah yang sedang dilakukan oleh Classmate penulis menjelang UAK ini. Mujurlah penulis sempat menangkap gambar beberapa orang dari mereka:


Sampai bila laa si akmal jadi beluncas ni?

Rhodeon Pakistan dan kain bandelnya. Ibarat lagu dan irama.


Si Syafiq tengah update blog jugak, hahaha.


Tarap@Arnett sedang posing bersama rakan FBnya, Stephen.

Penulis rasa cukup sampai di sini sahaja coretan pada malam yang sejuk nak mampos ini. Paper TITAS khamis ini, tetapi penulis belum membaca apa-apa. Sila doakan kejayaan penulis ya, rakan-rakan hingusan sekaliannya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...